Anak Perak Kuasai Kemahiran ICT Melalui Program TVET Mahir Kerja PASAK: Kursus Penyelenggaraan Komputer

2 Mei 2025 – Seramai 10 Anak Perak berjaya menamatkan Program TVET Mahir Kerja: Kursus Penyelenggaraan Komputer anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan melalui pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET Negeri Perak). Program latihan kemahiran […]

Anak Perak Tamat Program TikTok Affiliate Marketer PASAK, Perkasa Kemahiran Digital dan Keusahawanan Era Teknologi

Hutan Melintang, 20 April 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Makro Mestika Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program TikTok Affiliate Marketer yang berlangsung di Hutan Melintang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pembangunan kemahiran digital dan keusahawanan dalam kalangan rakyat Negeri Perak. Seramai 20 peserta Anak Perak telah […]

Pemakluman Penghantaran Request for Proposal (RFP) Program TVET Fasa 2 Tahun 2025

Dimaklumkan bahawa semua penyedia latihan yang berminat dan berkelayakan dijemput untuk menghantar kertas kerja bagi Program TVET Fasa 2 Tahun 2025. Tempoh penghantaran: 21 April- 2 Mei 2025 Semua RFP perlu dihantar mengikut format dan garis panduan yang ditetapkan.Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Cik Asyikin atau Cik Jannah di 05-318 3290.

Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani, Tapah 2025

Sebagai Sekretariat Majlis TVET Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak ingin merakamkan setinggi‑tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, rakan kerjasama dan pengunjung yang telah memeriahkan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani pada 19 April 2025. Saksikan sorotan perjalanan program yang penuh semangat dan inspirasi ini! Ribuan terima kasih!

PASAK Hargai Sokongan TV3 Dalam Memperluas Hebahan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TV3 atas liputan media yang telah diberikan berkenaan program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani, sebuah inisiatif penting dalam memperkukuhkan agenda pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Perak. Liputan media yang diberikan bukan sahaja membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif TVET (Pendidikan […]

Majlis Perasmian Kursus Peningkatan Kemahiran Industri Perhotelan – MAHTEC

IPOH, 11 April 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Malaysian Association of Hotels (MAH) Perak Chapter dan Malaysian Association of Hotels Training and Education Centre (MAHTEC) telah menganjurkan Majlis Perasmian Kursus Peningkatan Kemahiran Industri Perhotelan di Casuarina @ Meru, Ipoh. Majlis dirasmikan oleh Puan Halizah Binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), merangkap […]

Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani 2025

TVET sebagai alternatif yang setara dengan pendidikan akademik. Program ini direka khas untuk memartabatkan TVET sebagai pilihan utama dalam pembangunan kerjaya di negeri Perak. Apa yang menanti anda? Tarikh: 19 April 2025 (Sabtu) Lokasi: Kompleks Sukan Tapah Pameran & Perkongsian 5 Projek Berkepentingan Tinggi Negeri Perak Pameran Institusi TVET – Demonstrasi & Aktiviti Hands On […]

Mesyuarat Penyelarasan Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

🚀 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗔𝗜𝗠 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 📍 Tapah, Perak | 25 Mac 2025 Bagi memastikan pelaksanaan Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani mencapai objektif dan impak yang disasarkan, satu sesi mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, […]