PASAK Hargai Sokongan TV3 Dalam Memperluas Hebahan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TV3 atas liputan media yang telah diberikan berkenaan program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani, sebuah inisiatif penting dalam memperkukuhkan agenda pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Perak.

Liputan media yang diberikan bukan sahaja membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang dibawa oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, malah turut memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan belia dan Anak Perak, terhadap peluang pendidikan, latihan kemahiran serta prospek kerjaya dalam bidang TVET.

Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan pembangunan modal insan melalui pendedahan kepada peluang latihan kemahiran, pembangunan bakat serta laluan kerjaya yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan.

Peranan media arus perdana seperti TV3 amat signifikan dalam membantu memperluaskan capaian maklumat kepada masyarakat serta menyokong usaha kerajaan dalam membentuk generasi muda yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan landskap ekonomi semasa.

Sebagai agensi pembangunan modal insan Negeri Perak, PASAK akan terus komited dalam memperkukuh ekosistem TVET Negeri Perak selaras aspirasi Perak Sejahtera 2030, sekali gus menyokong hasrat menjadikan Negeri Perak sebagai Koridor TVET Malaysia.

PASAK percaya bahawa kerjasama strategik bersama media, institusi pendidikan, industri dan pelbagai pihak berkepentingan akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat serta kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Tonton liputan penuh TV3 berkaitan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani melalui pautan berikut: