PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TVET Exchange Program (TEP)
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) merupakan program kolaborasi antara Majlis TVET Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dan Tang International Education bersama Industri & Kerajaan China.
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) menjalani Latihan secara “mobiliti outbound” atau sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan minda pelatih TVET sekaligus membolehkan pelatih TVET merasai pengalaman penggunaan teknologi tinggi, budaya dan persekitaran yang berbeza di negara China.
Program ini adalah salah satu inisiatif dan jenama latihan TVET di China di bawah inisiatif BELT & ROAD INITIATIVE (BRI). BRI membuka laluan Pendidikan Dan Latihan Percuma di China sebagai sokongan untuk Malaysia membangunkan bakat mahir tempatan.
Program adalah berdurasi 12 Hari termasuk pergi dan balik.
Latihan akan dijalankan di Kolej Vokasional di negara China. Industri & Kerajaan China akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Latihan selama 10 hari di China
- Penginapan sepanjang latihan di China
- Makan & Minum 3x sehari sepanjang latihan
Majlis TVET Negeri Perak akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Tiket penerbangan (Pergi & Balik)
- Insurans (semasa berada di China)
- Pensijilan Antarabangsa

TVET Exchange Program PASAK 2026: Peluang Latihan ke China untuk Anak Perak
Ingin meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman global? Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) membuka peluang eksklusif kepada belia Perak untuk menyertai TVET Exchange Program: From Perak

27 ANAK PERAK BAWA PULANG ILMU TVET DARI BUMI CHINA
17 November 2025 – Telah berlangsung Majlis Penutup ‘Malaysia-China Youth TVET Training Program (MCYTT): AI in Manufacturing Automation’. Sebuah program berimpak tinggi telah menempatkan seramai

AI in Manufacturing Automation 2025: Peluang Latihan Antarabangsa TVET di China untuk Anak Perak
Program AI in Manufacturing Automation 2025 membuka peluang kepada belia Negeri Perak untuk meningkatkan kemahiran teknikal melalui latihan antarabangsa di Taizhou Vocational & Technical College,

Malaysia-China Youth TVET Training Program 2025
Sebuah Program Malaysia-China Youth TVET Training di bawah PASAK telah membuka peluang besar kepada pelajar dan tenaga pengajar di Perak untuk memperkasa kemahiran dalam bidang