DASAR PRIVASI

Privasi Anda

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, itu bermakna anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bekerja keras untuk melindungi maklumat anda serta meletakkan kawalan di tangan anda. Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya serta cara anda boleh mengemas kini, mengurus dan mengeksport maklumat anda.

 

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pemberitahuan

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang telah berkuatkuasa.

 

Maklumbalas

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi perakpasak.org bolehlah menghubungi kami melalui borang pertanyaan yang disediakan atau emel ke info@perakpasak.org. Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.