π–π¨π«πππ«πžπ¬π¬ 𝐌𝐞𝐞𝐭-𝐔𝐩 𝐱 𝐊π₯𝐒𝐧𝐒𝐀 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚

Hari ini, komuniti WordPress bersama Klinik Kerjaya telah berjaya menganjurkan satu sesi perkongsian istimewa yang mempertemukan para peserta dengan usahawan tempatan yang semakin mencipta nama dalam dunia perniagaan iaitu Mike Chu, pengasas TAHAN dan PTT Outdoor. Program ini menjadi platform bermanfaat dalam membuka ruang kepada peserta untuk memahami dengan lebih dekat dunia keusahawanan tempatan, pembangunan […]

Selamat Hari Pekerja 2025

1 Mei 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2025 kepada seluruh warga pekerja di Malaysia yang menjadi tunjang utama dalam memacu pembangunan ekonomi, kemajuan negeri serta kesejahteraan negara. Setiap pekerja, sama ada dalam sektor awam, swasta, industri, keusahawanan mahupun ekonomi gig, memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang lebih […]

Anak Perak Tamat Program TikTok Affiliate Marketer PASAK, Perkasa Kemahiran Digital dan Keusahawanan Era Teknologi

Hutan Melintang, 20 April 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Makro Mestika Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program TikTok Affiliate Marketer yang berlangsung di Hutan Melintang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pembangunan kemahiran digital dan keusahawanan dalam kalangan rakyat Negeri Perak. Seramai 20 peserta Anak Perak telah […]

PASAK Hargai Sokongan TV3 Dalam Memperluas Hebahan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TV3 atas liputan media yang telah diberikan berkenaan program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani, sebuah inisiatif penting dalam memperkukuhkan agenda pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Perak. Liputan media yang diberikan bukan sahaja membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif TVET (Pendidikan […]

KEPUTUSAN NO. SEBUT HARGA: PASAK.KEW.BIL 2/2025

11 April 2025 – Pihak Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn. Bhd. telah membuat pemilihan penyebut harga yang berjaya bagi Perkhidmatan Pembekalan, Pemasangan, Pentauliahan, Peleraian dan Pelupusan Barangan Kelengkapan Program Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani Bagi Tahun 2025. Berdasarkan keputusan yang telah dimuktamadkan, syarikat AREO SDN. BHD. telah dipilih sebagai penyebut harga berjaya dengan nilai harga […]

KEPUTUSAN NO. SEBUT HARGA: PASAK.KEW.BIL 2/2025

11 April 2025 – Pihak Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn. Bhd. telah selesai melaksanakan proses pemilihan penyebut harga berjaya bagi Perkhidmatan Pembekalan, Pemasangan, Pentauliahan, Peleraian dan Pelupusan Barangan Kelengkapan Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah dan Zon Negeri Perak serta Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Bagi Tahun 2025. Berdasarkan keputusan yang telah dimuktamadkan, syarikat AREO SDN. BHD. […]

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Di kesempatan ini, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua, khususnya anak-anak Perak di mana jua anda berada. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan silaturahim antara kita. Indahnya Syawal penuh ceria, Ketupat, rendang enak dimakan, Salam dihulur penuh bahagia, Maaf dipinta ikhlas di tangan. […]

APE LAGI KOME TUNGGU WEYY!!!

Pendaftaran Ahli Dewan Belia Perak Sesi Kelima Dah Bukak Mengkomer ! Pendaftaran untuk jadi calon Ahli Dewan Belia Perak Sesi Kelima dah bukak dah! Kalau kome berumur antara 18 hingga 30 tahun dan nak suarakan pendapat serta buat perubahan, meh la daftar. Tarikh pendaftaran mula *26 Mac sampai 25 April 2025*. Senang je, terus pi […]

Majlis Pelancaran Dewan Belia Negeri Perak Sesi Kelima

IPOH, 26 Mac – Kerajaan Negeri Perak terus komited memperkasakan golongan muda dengan melancarkan Dewan Belia Negeri Perak sesi kelima bagi tahun 2025/2026, yang akan bersidang pada Julai ini. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sa’arani Bin Mohamad, yang turut dihadiri YB Encik Khairudin Abu Hanipah (Pengerusi […]