11 April 2025 โ Pihak Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn. Bhd. telah membuat pemilihan penyebut harga yang berjaya bagi Perkhidmatan Pembekalan, Pemasangan, Pentauliahan, Peleraian dan Pelupusan Barangan Kelengkapan Program Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani Bagi Tahun 2025.
Berdasarkan keputusan yang telah dimuktamadkan, syarikat AREO SDN. BHD. telah dipilih sebagai penyebut harga berjaya dengan nilai harga setuju terima sebanyak RM251,605.00 bagi pelaksanaan perkhidmatan berkaitan program tersebut.
Proses pemilihan ini dilaksanakan mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan bagi memastikan aspek ketelusan, kecekapan serta tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan program pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Perak.
Program Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani 2025 merupakan salah satu inisiatif penting Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta menyokong aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 ke arah menjadikan Perak sebagai Koridor TVET Malaysia.
Inisiatif ini turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan, pemerkasaan bakat Anak Perak serta memperluaskan akses kepada peluang latihan kemahiran yang mampu meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dan daya saing negeri.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan terus komited memastikan setiap pelaksanaan program dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan memberi impak tinggi kepada pembangunan bakat serta kemahiran rakyat Negeri Perak.



