Penulisan Resume Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – Kolej Vokasional Taiping

Taiping, 23 November 2023.

Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Kolej Vokasional Taiping.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan lagi dengan taklimat penulisan resume dan persediaan menghadapi temuduga.
Peserta didedahkan dengan cara penulisan resume yang betul dengan kriteria yang dikehendaki serta persediaan dalam menghadiri temuduga.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Taiping di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.