Career Talk Persediaan Kerjaya Industri Maritim Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – UniKL-MIMET

Manjung, 25 November 2023.
 
Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Career Talk Persediaan Kerjaya Industri Maritim Dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET).
Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan program-program anjuran PASAK oleh Encik Mohd Amirul Zahiruddin bin Ramlee (Eksekutif Pelaksana, PASAK).
Seterusnya program diteruskan lagi dengan taklimat kerjaya di dalam bidang maritim dan persediaan menghadapi temuduga oleh Puan Saripah Rodiah Ahmad (Contract Manager, Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd, Teluk Rubiah Lumut). Peserta didedahkan dengan pelbagai peluang kerjaya di dalam bidang maritim yang sangat luas dan berguna.
Peserta yang telah terlibat sepanjang program ini adalah para pelajar semester pertama dan semester akhir. Diharapkan dengan perkongsian yang sangat berguna ini, dapat memberikan satu pengetahuan yang bermanfaat kepada mereka untuk lebih bersedia pada masa akan datang.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.