Lawatan Industri SMK Slim ke PSAS & DRB HI-COM Teck See

Rabu, 22 November 2023.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan program Pemetaan Kerjaya : Lawatan Industri bersama murid-murid SMK Slim River ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dan kilang DRB HI-COM Teck See, Proton City yang melibatkan seramai 50 orang murid tingkatan 3.
Lawatan pertama dijalankan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan subjek kejuruteraan Mekanikal, automotive dan Elektrik yang menjadi antara bidang utama di sana serta serba sedikit pengenalan mengenai politeknik tersebut. Pihak PSAS juga membawa murid untuk melawat kereta EV dan AV , serta lawatan melihat mesin robotic yang ada di PSAS.
Lawatan seterusnya diadakan di kilang DRB HI-COM Teck See yang terletak di proton City, Tg Malim. Pihak Kilang Hicom Teck See membawa murid ke sekitar Kawasan kilang, bagi melihat proses pembuatan bahagian kereta. Pelajar didedahkan dengan proses pembuatan serta dapat melihat robot dan teknologi yang digunakan.
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran seusai tamat alam persekolahan.
Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

@perakpasak

min #throwback Lawatan Industri SMK Slim ke PSAS & DRB HI-COM Teck See semalam #fyp #fypperak #smkslim #malaysia

♬ Sound Viral Fyp - DJ SAGABOLD