Terokai Dunia TVET, Kemahiran dan Kerjaya Masa Hadapan
Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani 2026 kini berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kepentingannya dalam membina laluan pendidikan, kemahiran dan kerjaya masa hadapan.
Pameran TVET menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan dan latihan kemahiran bagi memperkenalkan program, bidang kemahiran serta peluang kerjaya yang boleh diterokai oleh golongan belia, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Kenali Pelbagai Bidang TVET
Melalui pameran Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai bidang TVET dan memahami bagaimana pendidikan berasaskan kemahiran dapat membantu menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran relevan dengan keperluan industri.
Antara tarikan utama pameran ialah peluang untuk melihat demonstrasi kemahiran secara langsung yang dikendalikan oleh institusi dan peserta bidang TVET. Pengunjung juga berpeluang mencuba sendiri aktiviti hands-on yang disediakan, sekali gus memberikan pengalaman lebih dekat dengan dunia latihan teknikal dan vokasional.
Pengalaman Hands-On Dunia TVET
Pengalaman pembelajaran secara praktikal menjadi antara elemen menarik dalam pameran ini. Aktiviti hands-on membolehkan pengunjung bukan sahaja melihat demonstrasi, tetapi turut merasai sendiri pengalaman menggunakan kemahiran dan peralatan berkaitan bidang TVET.
Pendekatan sebegini dapat membantu pelajar dan golongan muda mengenali potensi diri, memahami bidang kemahiran yang diminati serta meneroka pilihan kerjaya TVET yang bersesuaian dengan aspirasi mereka.
TVET Sebagai Pilihan Pendidikan dan Kerjaya
TVET menawarkan laluan pembelajaran yang menggabungkan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal, sekali gus membuka ruang kepada generasi muda untuk membina kompetensi dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani menjadi salah satu platform untuk mendekatkan TVET kepada masyarakat, memperkenalkan peluang pendidikan dan latihan kemahiran serta meningkatkan kesedaran bahawa kemahiran teknikal dan vokasional merupakan antara pilihan penting dalam pembangunan modal insan.
Jadi, moh singgah ke pameran TVET, lihat demonstrasi, cuba aktiviti hands-on dan terokai sendiri pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan!
Kenali TVET. Terokai Kemahiran. Bina Kerjaya Masa Hadapan.
ย
#JelajahAIMTVET #PerakPasak #TVETPilihanKerjaya #PerakSejahtera2030
ย
Pertandingan Solekan Kesan Khas kini sedang berlangsung! Para peserta sedang menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan solekan yang unik dan menarik. Jom kita tengok hasil solekan siapa yang paling menarik! ![]()
ย
Sedang berlangsung Pertandingan Smart Automation Challenge! Peserta masing-masing tengah berentap dan menguji kemahiran dalam cabaran yang diberikan. Siapakah yang bakal mara ke saringan seterusnya? Jom kita tengok! ![]()
![]()
ย
Pertandingan Kemahiran Pendawaian Elektrik Domestik sedang berlangsung! Para peserta sedang fokus menyiapkan tugasan dan menunjukkan kemahiran masing-masing. Siapakah yang bakal menyerlah dalam pertandingan kali ini? ![]()
![]()
ย
Pertandingan Kreatif Draping sedang berlangsung! Masing-masing sedang sibuk menyiapkan hasil draping dengan gaya dan kreativiti tersendiri. Jom kita tengok hasil siapa yang paling menarik ![]()
ย
Sedang berlangsung sesi mencanting batik. Ada bakat seni terpendam? Inilah masanya untuk anda serlahkan kreativiti dan hasilkan karya batik tersendiri. Yang paling best, penyertaan adalah percuma tau. Jom singgah sekarang sebelum terlambat! ![]()
![]()



