Tahniah Dato’ Halizah Sipun – Pengurniaan D.P.M.P 2026

TAHNIAH YBHG. DATO’ HALIZAH BINTI SIPUN ATAS PENGURNIAAN DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P)

IPOH, PERAK – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merafakkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Ahli Lembaga Pengarah PASAK, atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2026.

Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan yang amat bermakna, selaras dengan sumbangan serta komitmen beliau dalam perkhidmatan awam dan pembangunan Negeri Perak.

PASAK turut berbangga atas pengiktirafan yang diterima oleh beliau, yang mencerminkan penghargaan terhadap kepimpinan, dedikasi dan khidmat bakti dalam mendukung agenda pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Seluruh warga kerja Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mendoakan agar YBhg. Dato’ Halizah binti Sipun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keberkatan dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab kepada negeri dan masyarakat.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas, YBhg. Dato’.

Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada:
Pengurusan dan seluruh warga kerja
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)