Hari Keputeraan Sultan Perak 2026

Dirgahayu Tuanku: Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2026

IPOH, PERAK – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan penuh takzim dan hormat merafak sembah serta menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku bagi tahun 2026.

Seluruh warga PASAK mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, keafiatan serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan dan kebijaksanaan dalam menerajui Negeri Perak Darul Ridzuan ke arah kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan yang berterusan.

Sebagai institusi pembangunan modal insan Negeri Perak, PASAK turut menzahirkan komitmen untuk terus menyokong aspirasi pembangunan negeri melalui usaha memperkasa potensi anak Perak, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta memperluas peluang pembangunan kemahiran dan kerjaya demi kesejahteraan rakyat.

Semoga Negeri Perak Darul Ridzuan terus maju, makmur dan sejahtera di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Daulat Tuanku!

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh warga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

#DaulatTuanku #SultanPerak #HariKeputeraan2026 #PerakPASAK