Logo Majlis TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

TVET

                 Perak serius mahu memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada strategi mengelak kebanjiran keluar bakat muda anak negeri. Perak meletakkan sasaran untuk menjadi Koridor TVET Malaysia menjelang 2030.


                  Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) adalah sebuah agensi pelaksana yang telah dilantik sebagai Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad. Antara matlamat utama Koridor TVET adalah:

 

  • Menarik Potensi dan Bakat.
    Mewujudkan Ekosistem TVET yang mampan. Perancangan ini mampu untuk menarik lebih ramai modal insan samada dalam dan di luar negeri Perak untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dalam negeri melalui sokongan selepas pengajian. Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
 
  • Perluaskan Industri.
    Menjadikan Perak sebagai koridor TVET secara tidak langsung akan membuka peluang industri/pelabur yang lebih luas khususnya dari aspek peluang pekerjaan samada semi skill, skill mahupun profesional melalui bekalan guna tenaga yang konsisten.
 
  • Sosioekonomi.
    Penekanan dalam elemen kemahiran juga akan mewujudkan masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing melalui agenda satu warga satu skil dimana kemahiran ini bukan sahaja digunakan di dalam industri pekerjaan tetapi turut mewujudkan peluang keusahawanan.
 
  • Pembudayaan TVET.
    Pembudayaan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya di peringkat sekolah.
 
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat.
    Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendokong agenda satu warga satu skil.

            Pelbagai jenis program dan kursus latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah dilaksanakan oleh PASAK dengan kerjasama pelbagai pihak. PASAK juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri dalam menyelaras koridor TVET di negeri Perak.
Antara Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan oleh PASAK adalah:

  • Program TVET Latihan Modular Industri
  • Program TVET Mahir Kerja
  • Program TVET OKU
  • Program TVET Orang Asli
  • Program TVET Anak Yatim
  • Program TVET Warga Emas
  • TVET Exchange Program (TEP)

Sebarang pertanyaan mengenai Kertas kerja Program TVET PASAK boleh menghubungi Unit TVET PASAK ditalian 05-5264725

 

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Admin PASAK

𝐏𝐞𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐪𝐮𝐞𝐬𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐨𝐬𝐚𝐥 (𝐑𝐅𝐏) 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

Dimaklumkan bahawa semua penyedia latihan yang berminat dan berkelayakan dijemput untuk menghantar kertas kerja bagi Program TVET Fasa 1 Tahun 2025. Tempoh penghantaran: 20 Januari –

Info Lanjut »
TVET Warga Emas
Admin PASAK

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐀𝐈𝐆𝐎 𝐂𝐞𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐒𝐊𝐌 𝟑 𝐢𝐧 𝐄𝐥𝐝𝐞𝐫𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐫𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠

16 Disember 2024. Majlis Pembukaan Kursus KAIGO telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan, dan

Info Lanjut »
TVET Exchange Program
Admin PASAK

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐘𝐨𝐮𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 (𝐌𝐂𝐘𝐓𝐓) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢-𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

12 November 2024 – Kuala Lumpur. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima sijil anugerah atas pencapaiannya dalam program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT). Program

Info Lanjut »
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Admin PASAK

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘-𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐈𝐀𝐂): 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊-𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐄

𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒. Travelodge, Ipoh – Majlis penutupan Bengkel Industry-Academia Collaboration (IAC): Perak-Automotive telah disempurnakan pada 23 Oktober, menandakan kejayaan kolaborasi strategik antara Pusat Aspirasi

Info Lanjut »