Logo Majlis TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

TVET

                 Perak serius mahu memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada strategi mengelak kebanjiran keluar bakat muda anak negeri. Perak meletakkan sasaran untuk menjadi Koridor TVET Malaysia menjelang 2030.


                  Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) adalah sebuah agensi pelaksana yang telah dilantik sebagai Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad. Antara matlamat utama Koridor TVET adalah:

 

  • Menarik Potensi dan Bakat.
    Mewujudkan Ekosistem TVET yang mampan. Perancangan ini mampu untuk menarik lebih ramai modal insan samada dalam dan di luar negeri Perak untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dalam negeri melalui sokongan selepas pengajian. Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
 
  • Perluaskan Industri.
    Menjadikan Perak sebagai koridor TVET secara tidak langsung akan membuka peluang industri/pelabur yang lebih luas khususnya dari aspek peluang pekerjaan samada semi skill, skill mahupun profesional melalui bekalan guna tenaga yang konsisten.
 
  • Sosioekonomi.
    Penekanan dalam elemen kemahiran juga akan mewujudkan masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing melalui agenda satu warga satu skil dimana kemahiran ini bukan sahaja digunakan di dalam industri pekerjaan tetapi turut mewujudkan peluang keusahawanan.
 
  • Pembudayaan TVET.
    Pembudayaan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya di peringkat sekolah.
 
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat.
    Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendokong agenda satu warga satu skil.

            Pelbagai jenis program dan kursus latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah dilaksanakan oleh PASAK dengan kerjasama pelbagai pihak. PASAK juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri dalam menyelaras koridor TVET di negeri Perak.
Antara Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan oleh PASAK adalah:

  • Program TVET Latihan Modular Industri
  • Program TVET Mahir Kerja
  • Program TVET OKU
  • Program TVET Orang Asli
  • Program TVET Anak Yatim
  • Program TVET Warga Emas
  • TVET Exchange Program (TEP)

Sebarang pertanyaan mengenai Kertas kerja Program TVET PASAK boleh menghubungi Unit TVET PASAK ditalian 05-5264725

 

Jelajah AIM
hazim

Mesyuarat Penyelarasan Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

🚀 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗔𝗜𝗠 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 📍 Tapah, Perak | 25 Mac 2025 Bagi memastikan pelaksanaan Program Jelajah AIM

Info Lanjut »
TVET Mahir Kerja
hazim

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Solekan 2025

💄 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗞 📍 Lenggong, Perak | 22 Mac 2025 Seramai 10 peserta wanita berjaya

Info Lanjut »
TVET Mahir Kerja
hazim

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Seni Reka Gaya Rambut Perak 2025

𝗣𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 & 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 Perak | 14 Mac 2025 Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus

Info Lanjut »
TVET Mahir Kerja
hazim

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Spa Tangan dan Kaki 2025

💆‍♀️ 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗣𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗞𝗜 📍 Perak | 12 Mac 2025 Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus komited

Info Lanjut »
TVET Warga Emas
hazim

TVET WARGA EMAS FASA 1 2025

🌟 𝗨𝗺𝘂𝗿 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁! 🌟 Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus komited memperkasa pembangunan kemahiran rakyat menerusi pelaksanaan Program TVET Warga Emas

Info Lanjut »