๐ฟ ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ, ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฃ๐ฎ! ๐ฟ
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus komited memperkasa komuniti Orang Asli menerusi pelaksanaan Program TVET Orang Asli Fasa 1 Tahun 2025 yang menawarkan pelbagai kursus latihan kemahiran percuma kepada masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Perak.
Program ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam usaha memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran serta membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti Orang Asli melalui pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
Antara kursus TVET yang ditawarkan termasuk Aneka Kek, Jahitan Pakaian Wanita & Lelaki, Bengkel Pemasangan Elektrik, Single Phase Wiring Maintenance, Mobile Phone Repair, Sistem Hidroponik, Pemasangan Sistem Paip Domestik, Bone Adjustment Applied Anatomy, Solekan Terkini & Rawatan Penjagaan Kulit Wajah, serta aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penyelenggaraan fasiliti dan pemasaran digital dalam bidang pertanian.
Program latihan kemahiran ini dijalankan di beberapa daerah seperti Kuala Kangsar, Batang Padang, Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah dan Muallim bagi memastikan lebih ramai masyarakat Orang Asli mendapat akses kepada latihan TVET berkualiti secara percuma. Setiap peserta turut menerima elaun latihan sebanyak RM200 serta sijil penyertaan selepas tamat program.
Melalui inisiatif TVET Orang Asli ini, PASAK berharap lebih ramai peserta dapat menguasai kemahiran moden, menjana pendapatan, membina kerjaya serta menceburi bidang keusahawanan tanpa melupakan nilai dan warisan tradisi komuniti Orang Asli.
๐ฒ Muat turun aplikasi Talent Perak dan daftar sekarang untuk merebut peluang menyertai kursus TVET percuma anjuran PASAK.
โจ Kemahiran Hari Ini, Masa Depan Lebih Cerah โจ



