PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TVET Exchange Program (TEP)
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) merupakan program kolaborasi antara Majlis TVET Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dan Tang International Education bersama Industri & Kerajaan China.
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) menjalani Latihan secara “mobiliti outbound” atau sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan minda pelatih TVET sekaligus membolehkan pelatih TVET merasai pengalaman penggunaan teknologi tinggi, budaya dan persekitaran yang berbeza di negara China.
Program ini adalah salah satu inisiatif dan jenama latihan TVET di China di bawah inisiatif BELT & ROAD INITIATIVE (BRI). BRI membuka laluan Pendidikan Dan Latihan Percuma di China sebagai sokongan untuk Malaysia membangunkan bakat mahir tempatan.
Program adalah berdurasi 12 Hari termasuk pergi dan balik.
Latihan akan dijalankan di Kolej Vokasional di negara China. Industri & Kerajaan China akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Latihan selama 10 hari di China
- Penginapan sepanjang latihan di China
- Makan & Minum 3x sehari sepanjang latihan
Majlis TVET Negeri Perak akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Tiket penerbangan (Pergi & Balik)
- Insurans (semasa berada di China)
- Pensijilan Antarabangsa

TVET Exchange Program Perak ke China 2025 | Kursus Artificial Intelligence in Manufacturing Automation
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) membuka peluang eksklusif kepada anak jati Negeri Perak untuk menyertai TVET Exchange Program ke China dalam bidang berimpak tinggi iaitu

TVET Exchange Program Perak ke China 2025 | Train-the-Trainer (Automotive)
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) menawarkan peluang eksklusif kepada tenaga pengajar dan juruteknik automotif untuk menyertai TVET Exchange Program ke China melalui kursus Train-the-Trainer (Automotive).

TVET Exchange Program Perak ke Jepun 2026 | Kursus Penjagaan Warga Emas (Kaigo)
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) menawarkan peluang eksklusif kepada anak jati Negeri Perak untuk menyertai TVET Exchange Program ke Jepun dalam bidang Penjagaan Warga Emas

TVET Exchange Program (China) – New Energy Vehicle (NEV)
Jom tingkatkan kemahiran automotif anda di China! Peluang khas untuk anak Perak ! Ayuh sertai TVET Exchange Program dan pelajari teknologi terkini New Energy