PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TVET Exchange Program (TEP)
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) merupakan program kolaborasi antara Majlis TVET Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dan Tang International Education bersama Industri & Kerajaan China.
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) menjalani Latihan secara “mobiliti outbound” atau sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan minda pelatih TVET sekaligus membolehkan pelatih TVET merasai pengalaman penggunaan teknologi tinggi, budaya dan persekitaran yang berbeza di negara China.
Program ini adalah salah satu inisiatif dan jenama latihan TVET di China di bawah inisiatif BELT & ROAD INITIATIVE (BRI). BRI membuka laluan Pendidikan Dan Latihan Percuma di China sebagai sokongan untuk Malaysia membangunkan bakat mahir tempatan.
Program adalah berdurasi 12 Hari termasuk pergi dan balik.
Latihan akan dijalankan di Kolej Vokasional di negara China. Industri & Kerajaan China akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Latihan selama 10 hari di China
- Penginapan sepanjang latihan di China
- Makan & Minum 3x sehari sepanjang latihan
Majlis TVET Negeri Perak akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Tiket penerbangan (Pergi & Balik)
- Insurans (semasa berada di China)
- Pensijilan Antarabangsa

Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan Qingyang Vocational & Technical College
19 Ogos 2024 (SABTU), Ipoh. Sesi menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Encik Zhang Jianjun (Secretary

Malaysia-China Youth TVET Training Program 2024
4 Ogos 2024 (Ahad). Perlepasan peserta aliran automotif ke Anhui, China menerusi program Malaysia-China Youth TVET Training Program. Program ini merupakan prakarsa Kerajaan Negeri Perak dalam

Malaysia-China Youth TVET Training Program 2024
Program Latihan Peningkatan Kemahiran Di China Merupakan satu program di bawah tajaan Kerajaan Negeri Perak bagi mempersiapkan tenaga mahir dalam bidang Electric Vehicle ( EV)