PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TVET Exchange Program (TEP)
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) merupakan program kolaborasi antara Majlis TVET Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dan Tang International Education bersama Industri & Kerajaan China.
Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) menjalani Latihan secara “mobiliti outbound” atau sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan minda pelatih TVET sekaligus membolehkan pelatih TVET merasai pengalaman penggunaan teknologi tinggi, budaya dan persekitaran yang berbeza di negara China.
Program ini adalah salah satu inisiatif dan jenama latihan TVET di China di bawah inisiatif BELT & ROAD INITIATIVE (BRI). BRI membuka laluan Pendidikan Dan Latihan Percuma di China sebagai sokongan untuk Malaysia membangunkan bakat mahir tempatan.
Program adalah berdurasi 12 Hari termasuk pergi dan balik.
Latihan akan dijalankan di Kolej Vokasional di negara China. Industri & Kerajaan China akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Latihan selama 10 hari di China
- Penginapan sepanjang latihan di China
- Makan & Minum 3x sehari sepanjang latihan
Majlis TVET Negeri Perak akan memberi penajaan percuma kepada perkara di bawah sahaja:
- Tiket penerbangan (Pergi & Balik)
- Insurans (semasa berada di China)
- Pensijilan Antarabangsa

27 ANAK PERAK BAWA PULANG ILMU TVET DARI BUMI CHINA
17 November 2025 – Telah berlangsung Majlis Penutup ‘Malaysia-China Youth TVET Training Program (MCYTT): AI in Manufacturing Automation’. Sebuah program berimpak tinggi telah menempatkan seramai

AI in Manufacturing Automation 2025
PASAK membuka peluang kepada anak Perak menjalani latihan di Taizhou Vocational & Technical College selama 22 hari. Minggu pertama di China telah memberi pendedahan kemahiran

Malaysia-China Youth TVET Training Program 2025
Sebuah Program Malaysia-China Youth TVET Training di bawah PASAK telah membuka peluang besar kepada pelajar dan tenaga pengajar di Perak untuk memperkasa kemahiran dalam bidang

𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐈?
Ayuh sertai TVET Exchange Program dalam kursus Artificial Intelligence in Manufacturing Automation di China. – Tawaran TERHAD kepada anak kelahiran Negeri Perak Sahaja Semak syarat