Hari Guru 2025

Hari Guru 2025

Guru bukan sekadar pendidik, malah pencorak masa depan generasi dan pemacu pembangunan modal insan negara. Jika ilmu itu cahaya, guru adalah insan yang sanggup berkorban masa, tenaga dan usaha demi menerangi perjalanan anak bangsa menuju kejayaan.

Sempena Hari Guru 2025, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited membentuk masyarakat berilmu, berkemahiran serta berdaya saing. Peranan guru amat penting dalam melahirkan generasi masa hadapan yang mampu memenuhi keperluan pendidikan, teknologi serta pembangunan bakat selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Guru bukan sahaja menjadi penyampai ilmu, malah berperanan sebagai pembimbing, pencetus inspirasi serta penggerak kepada reformasi pendidikan demi membangunkan modal insan berkualiti untuk negeri Perak dan Malaysia.

PASAK percaya bahawa pendidikan yang berkualiti merupakan asas kepada pembangunan negeri yang mampan. Melalui usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan, latihan kemahiran dan TVET, kita dapat bersama-sama melahirkan generasi yang lebih kompeten, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Terima kasih cikgu. Jasamu sentiasa dikenang. Selamat Hari Guru 2025.