๐ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐
Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak terus komited memperkukuh agenda pembangunan pendidikan dan kebajikan mahasiswa menerusi pelaksanaan Inisiatif Bantuan Mahasiswa Anak Perak Tahun 2025.
Antara bantuan yang diteruskan bagi menyokong keperluan pendidikan serta kebajikan pelajar institusi pengajian tinggi ialah Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak, Bantuan Kecemasan Mahasiswa serta Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Tahun 2025.
Inisiatif ini bertujuan membantu mahasiswa Anak Perak mengurangkan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian, selain memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara lebih menyeluruh demi melahirkan modal insan berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.
Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2025 bagi memberi peluang kepada lebih ramai mahasiswa yang layak untuk mengemukakan permohonan.
Mahasiswa Anak Perak yang memenuhi syarat kelayakan disarankan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
๐ Jenis Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2025:
โ
Bantuan Sara Diri Mahasiswa
โ
Bantuan Kecemasan Mahasiswa
โ
Bantuan Baucar Buku Mahasiswa
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi:
๐ www.eheyns.com.my
*Tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Usaha berterusan ini selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan akses pendidikan serta memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian demi masa depan generasi muda Negeri Perak.



