KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB PERAK SEJAHTERA @ SUNGAI SIPUT 2025

Sesi pendaftaran Karnival Kerjaya MyFutureJob Perak Sejahtera @ Sungai Siput 2025

๐Ÿ“ ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐’๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค | ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐ฒ๐…๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž๐‰๐จ๐›๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Perak Sejahtera 2025 menjadi platform penting dalam mempertemukan majikan dan pencari kerja melalui peluang temuduga terbuka, padanan pekerjaan, khidmat nasihat kerjaya serta akses kepada pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor industri.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran rakyat serta memperluaskan akses pekerjaan berkualiti kepada masyarakat khususnya anak-anak Perak.

PASAK terus komited memainkan peranan strategik dalam pembangunan bakat, TVET, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya demi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

โœจ Peluang Kerjaya Hari Ini, Masa Depan Lebih Gemilang โœจ