Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Wanita Pertama Malaysia.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Sepanjang hayat, jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita dan kanak-kanak serta pembangunan masyarakat akan sentiasa dikenang.

Allahyarhamah turut dikenang atas dedikasi dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat dan memberikan sumbangan kepada pembangunan kesihatan serta komuniti. Legasi dan bakti yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada sejarah sumbangan tokoh wanita kepada negara.

PASAK mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau, mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Jasa dikenang, bakti disanjung.

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah.
Al-Fatihah.
๐Ÿคฒ๐Ÿป