Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026

Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026: Peluang Kerjaya Menanti Anda

Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026 berlangsung di Dewan Mohd Anwar, TVET MARA Lumut dengan penyertaan pelbagai syarikat dan majikan strategik daripada pelbagai sektor industri.

Seawal pagi, suasana pendaftaran dipenuhi para pencari kerja, graduan dan belia tempatan yang hadir bagi merebut peluang pekerjaan melalui sesi temuduga terbuka secara bersemuka.

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan merangkumi sektor pembuatan, automotif, perkhidmatan, hartanah, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi. Program ini turut membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan khidmat nasihat kerjaya, meningkatkan jaringan profesional serta memahami keperluan industri semasa.

PASAK mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Perak, khususnya komuniti sekitar Manjung, Lumut dan daerah berhampiran untuk memanfaatkan platform ini dalam membina masa depan kerjaya yang lebih cemerlang.

Majlis Perasmian Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026

13 Jun 2026 – Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Manjung sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sivanesan. Acara diteruskan dengan gimik perasmian sebagai simbol komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat.

Penganjuran program ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Perak dalam merealisasikan agenda Perak Sejahtera 2030, khususnya dalam memperkasakan ekonomi rakyat melalui penyediaan peluang kerjaya yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua tetamu kehormat, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan rakan industri yang terus menyokong pembangunan bakat serta tenaga kerja berkemahiran tinggi di negeri Perak.

Hari Kedua Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026

Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Manjung 2026 kini memasuki hari kedua dan terakhir penganjuran. Kaunter pendaftaran dan sesi temuduga terbuka telah mula beroperasi seawal jam 9.00 pagi bagi menyambut kehadiran calon-calon yang ingin mencari peluang pekerjaan.

Orang ramai yang belum berkesempatan hadir pada hari pertama masih mempunyai peluang untuk menghadiri sesi temuduga terbuka serta pameran kerjaya sehingga jam 5.00 petang.

Para pencari kerja disarankan membawa resume terkini, sijil akademik dan dokumen berkaitan bagi melancarkan proses permohonan pekerjaan bersama majikan yang mengambil bahagian.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu terus dengan majikan, meneroka peluang kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran diri dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.

Masa depan kerjaya anda bermula di sini. Ayuh hadir ke Dewan Mohd Anwar, TVET MARA Lumut dan rebut peluang pekerjaan impian anda!

 

#MajlisPerasmian #JelajahKerjayaPerakSejahtera #PembangunanModalInsan #PerakSejahtera2030 #KomitmenIndustri #HariKedua #JelajahKerjaya #ZonManjung #TemudugaTerbuka #KerjayaPerak #TVETMARALumut #ZonManjung #TemudugaTerbuka #KerjayaPerak #TVETMARALumut #PerakSejahtera2030 #LiveUpdate