KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB PERAK SEJAHTERA @ SUNGAI SIPUT 2025

๐Ÿ“ ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐’๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค | ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐ฒ๐…๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž๐‰๐จ๐›๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Sedang berlangsung Majlis Pelancaran dan Gimik Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs Perak Sejahtera @ Sungai Siput 2025 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri serta pencari kerja dalam usaha memperkukuh peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Negeri Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Khaizurul Ezwan Bin Baharuddin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Dr. Sakduddin Bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Puan Poon Sook Yee, Pegawai Khas kepada Yang Berhormat Encik Loh Sze Yee, Encik Fikri Junit, Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), serta Encik Mohanadas A/L Veraya, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak.

Penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Perak Sejahtera 2025 menjadi platform penting dalam mempertemukan majikan dan pencari kerja melalui peluang temuduga terbuka, padanan pekerjaan, khidmat nasihat kerjaya serta akses kepada pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor industri.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran rakyat serta memperluaskan akses pekerjaan berkualiti kepada masyarakat khususnya anak-anak Perak.

PASAK terus komited memainkan peranan strategik dalam pembangunan bakat, TVET, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya demi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

โœจ Peluang Kerjaya Hari Ini, Masa Depan Lebih Gemilang โœจ