26 September 2023.
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerjasama Multi Mould Industries Sdn Bhd (MMiS) dan Perak Entrepreneur & Skills Development Centre (PESDC). Kerjasama ini menandakan satu langkah penting ke arah pembangunan dan pertumbuhan bersama kepada sektor perindustrian dan akademik. Ini bukanlah kali pertama PASAK bekerjasama dengan PESDC dan MMiS.
Majlis ini dihadiri oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah PASAK), Dato’ Dr Lim Si Boon (Timbalan Pengerusi PESDC), Encik Loh Chin Soon (Pengerusi Eksekutif MMiS), Encik Loh Chin Siang (Pengarah Eksekutif MMiS), Encik Jason Lee Yue Hung (Pengurus Pusat PESDC), Encik Law Woo Hock (Ketua Pegawai Kewangan MMiS), Encik Alan Yong Jaw Shyan (Ketua Pegawai Eksekutif MMiS) dan Encik Wallace Chew Law Wei (Pengurus Besar MMiS). Dengan kerjasama ini, PESDC dimaklumkan bahawa MMiS akan menawarkan peluang kerjaya kepada pelajar PESDC dalam bidang 3G SMAW (Shielded Metal Arc Welding) and Machining Processes.
Sekali lagi, tahniah kepada pihak PESDC dan MMiS, kami berharap untuk bekerjasama dengan lebih erat pada masa hadapan untuk mencapai matlamat bersama. Semoga kerjasama ini membuahkan hasil yang positif dan mampan.