Universiti Malaya: Kursus Microsoft Excel (Intermediate)

Sabtu, 23 Mac 2024.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah berkolaborasi dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) dari Universiti Malaya (UM) bagi menjalankan Program Xplorasi Kampus Kursus Microsoft Excel (Intermediate) yang melibatkan seramai 40 pelajar melalui platform Zoom.

Sesi pertama telah dimulakan dengan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia yang disampaikan oleh Encik Firdaus bin Dzi Murad. Sesi seterusnya diteruskan dengan pengenalan Kursus Microsoft Excel (Intermediate) yang disampaikan oleh Puan Norhayati, Pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Antara ilmu yang dikongsikan ialah penggunaan Microsoft Excel secara lebih mendalam seperti fungsi formula VLOOKUP, SUMIF, CONCATENATE dan sebagainya. PASAK amat berbesar hati atas kerjasama dari pihak pelajar pelajar UM dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan ilmu yang disampaikan dapat membantu pelajar-pelajar pada masa akan datang.

Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

Kongsikan

Berita lain-lain: