Kursus Fertigasi Meja Dan Kanvas Ikan

Jumaat – 22 Mac 2024.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Anak Yatim bagi Kursus Fertigasi Meja dan Kanvas Ikan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), diiringi oleh Encik Muhammad Muizzudin bin Din (Pengerusi Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar Berhad [KOGAHAD]), Tuan Haji Zakaria Bin Jaafar (Pengetua SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar), dan Tuan Haji Mohd Rosdi Bin Adenan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar).


Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari dari 18/03/2024 – 22/03/2024 dan melibatkan seramai 20 orang peserta. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.