Taklimat Awereness Program On Investment Opportunities In The Education Sector

Ipoh, 30 November 2023.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menganjurkan sesi taklimat iaitu “Awereness Program on Investment Opportunities in the Education Sector” kepada wakil-wakil Institusi Latihan Kemahiran Swasta.
Taklimat ini turut disampaikan oleh Puan Nursiah Binti Ahmad Fadzil (Timbalan Pengarah, MIDA), Encik Muhammad Amir Zainal Abidin (Penolong Kanan, Pengarah, MIDA), dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Fairuz Iqbal Mohd Akhbar (Pengarah, MIDA Perak), Puan Noraida Binti Mat Husin (Penolong Pengarah, MIDA Perak), Encik Mohamad Fikri Bin Mohd Junit (Pengurus Besar, Pusat Aspirasi Anak Perak) dan Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek, Pusat Aspirasi Anak Perak). Program ini melibatkan taklimat kepada wakil institusi Latihan Kemahiran yang mempunyai bidang Automotif, Hopitaliti dan Kesihatan.
Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah untuk berkongsi berkenaan fasiliti dan insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada pelabur-pelabur yang terdiri daripada syarikat pengusaha dan pengendali pusat pendidikan dan latihan swasta termasuk Universiti, Kolej Universiti, Kolej dan Pusat Latihan Kemahiran yang menawarkan program Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Technical & Vocational Education Training (TVET) di Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada para wakil istitusi yang telah hadir pada sesi taklimat pada hari ini. Diharapkan program seperti ini mampu memberikan manfaat pada semua yang hadir pada hari ini.