Kursus Perkhidmatan Penjagaan Lanjut Usia

Jumaat – 29 Mac 2024.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Perkhidmatan Penjagaan Lanjut Usia. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Jamilah Zakaria (Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita [SPW]), diiringi oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Encik Mohamad Rozlan Mohamad Razalli (Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak [STeP]), Cik Fatin Solehah Binti Ahmad Fadzil (Pengurus Iyanis Green Beauty), dan Puan Hajah Suriyani Binti Haji Sadri (Pengurus IGB Nursing Home).

Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta yang telah berlangsung dari 25 – 29 Mac 2024 (5 Hari). Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.