Kursus AI Gen AI Maestro: Mastering the Generative AI

Sabtu, 30 Mac 2024.
 
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menjalankan Kursus AI Gen AI Maestro: Mastering the Generative AI yang melibatkan seramai 50 pelajar melalui platform Zoom.
 
Sesi pertama telah dimulakan dengan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia yang disampaikan oleh Encik Firdaus bin Dzi Murad. Sesi seterusnya diteruskan dengan pengenalan Kursus Ai Gen Ai Maestro: Mastering The Generative Ai yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Hariz bin Muhamad Adnan, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
 
 
Antara ilmu yang dikongsikan ialah pengenalan kepada AI dan AI Generative Explorasi dan alat AI Gen terkini seperti ChatGPT, Gemini Copilot secara lebih mendalam dan penggunaan AI untuk menghasilkan gambar menggunakan teknik prompting. PASAK amat berbesar hati dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan ilmu yang disampaikan dapat membantu para peserta pada masa akan datang. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.