20 Ogos 2025 – Majlis Penutupan dan Penyerahan Sijil Kursus Mobile Spa & Pemasaran Digital telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sadang, Parit. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Sarah Syazwani Saari, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak (DUN Bota) merangkap Sekretariat TVET Parlimen Parit, yang hadir mewakili Yang Berhormat Encik Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
Seramai 10 peserta diraikan setelah berjaya menamatkan kursus anjuran PASAK dengan kerjasama Tinie Beauty Spa. Kursus ini memberi pendedahan kemahiran spa mudah alih dan asas pemasaran digital bagi meningkatkan peluang pendapatan.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Perak melalui PASAK dalam memperkasa anak muda selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030.



