๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ ๐จ๐๐จ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐ง๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ญ๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฅ๐๐๐ญ๐จ๐๐ก (๐ญ๐๐ฃ๐๐ฅ) ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐
๐ Ipoh, Perak | 20 Ogos 2025
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memainkan peranan penting dalam membantu majikan mendapatkan bakat berkualiti serta memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Perak melalui pelaksanaan Program Temuduga Tertutup bersama Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).
Program temuduga ini telah berlangsung bermula 31 Julai 2025 sehingga 20 Ogos 2025 di pejabat PASAK, Ipoh melibatkan jawatan-jawatan yang telah diiklankan secara rasmi melalui aplikasi Talent Perak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih 200 orang calon berjaya disenarai pendek dan hadir menghadiri sesi temuduga bagi merebut peluang kerjaya yang ditawarkan.
Inisiatif ini membuktikan keberkesanan platform Talent Perak dan Program Moh Kroje sebagai medium utama yang menghubungkan majikan dengan pencari kerja, khususnya dalam kalangan anak Perak yang sedang mencari peluang pekerjaan berkualiti dan stabil.
PASAK merakamkan penghargaan kepada pihak ZAPAR atas kepercayaan menggunakan perkhidmatan PASAK dalam usaha mendapatkan bakat tempatan yang berpotensi dan berkemahiran. Kerjasama strategik ini selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dan mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Perak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang hadir menghadiri sesi temuduga. Kepada calon yang masih belum berjaya, jangan berputus asa kerana pelbagai lagi peluang pekerjaan, program temuduga terbuka dan jawatan kosong akan terus ditawarkan melalui platform Talent Perak.
PASAK sentiasa komited membantu rakyat Perak membina kerjaya yang lebih baik melalui akses kepada peluang pekerjaan, latihan kemahiran, program TVET dan pembangunan bakat selaras dengan keperluan industri semasa.
๐ข Kepada majikan yang berminat menyertai Program Moh Kroje dan mendapatkan tenaga kerja berkualiti, anda boleh mendaftar dan mengiklankan jawatan kosong melalui portal rasmi:
๐ talentperak.my
Ikuti juga pelbagai program kerjaya, TVET dan peluang pekerjaan terkini menerusi platform rasmi PASAK.



