Kursus Krew Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan Restoran

Isnin – 25 September 2023.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Krew Perkhidmatan dan Penyajian Makanan Restoran. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak), Puan Sakinah binti Ibrahim (Ketua Operasi, Syarikat Che Sab Harun), Encik Omar Fazilah bin Mohamad (Penghulu, Mukim Kenering) dan Ched Mohd Safwan bin Mohd Hussin (Tenaga Pengajar Kursus).

Kursus ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 12 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas penyajian makanan seperti caesar salad, deep fry chicken wing, sandwich dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.