๐ค ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ง๐ฉ๐๐, ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐ข๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐
๐ Ipoh, Perak | 6 Ogos 2025
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memperkukuh jaringan strategik dalam pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional apabila menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tertiary and Vocational Education Commission (TVEC) sebagai langkah awal ke arah kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh profesional ini membuka ruang perbincangan berkaitan pembangunan modal insan, pengukuhan ekosistem TVET serta pelaksanaan program latihan kemahiran yang lebih berimpak tinggi demi manfaat generasi muda di Negeri Perak.
Delegasi TVEC diketuai oleh Nazrin Bin Mohd Yusof bersama tujuh lagi wakil termasuk Setra Rasa A/L Suppaiah dan Dr. R. Rupa Saminathan. Pihak PASAK pula diwakili oleh Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK serta Cik Norasyikin, Pegawai PASAK.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan bakat, kebolehpasaran graduan, latihan industri serta pembangunan tenaga kerja mahir yang sejajar dengan keperluan industri semasa.
Kolaborasi strategik seperti ini amat penting dalam memastikan Negeri Perak terus bergerak maju sebagai hab pembangunan modal insan dan Koridor TVET Negara menjelang tahun 2030. PASAK percaya bahawa hubungan erat bersama institusi pendidikan, agensi latihan dan pemain industri mampu membuka lebih banyak peluang kepada belia Perak untuk memperoleh kemahiran berkualiti dan kerjaya berdaya saing.
Melalui usaha berterusan ini, PASAK komited untuk memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa dan tempatan dalam memperkasa agenda TVET, sekali gus menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam melahirkan tenaga kerja mahir, inovatif dan kompetitif untuk masa depan negara.
Diharapkan hasil pertemuan ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan program TVET, latihan kemahiran dan pembangunan belia yang memberi impak positif kepada rakyat serta pembangunan ekonomi Negeri Perak secara menyeluruh.



