Moh Kroje: CARSEM (M) Sdn Bhd (M-Site)

Walk-In Interview Program Moh Kroje: CARSEM (M) Sdn Bhd (M-Site) Buka Peluang Kerjaya di Ipoh untuk Technicians dan Operators

IPOH, PERAK โ€“ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melalui Program Moh Kroje mempelawa rakyat Perak yang sedang mencari pekerjaan untuk menghadiri Temuduga Terbuka (Walk-In Interview) bersama CARSEM (M) Sdn Bhd (M-Site), salah sebuah syarikat terkemuka dalam industri semikonduktor dan pembuatan elektronik di Malaysia.

Program ini merupakan antara inisiatif PASAK dalam memperluaskan akses kepada peluang pekerjaan berkualiti serta membantu pencari kerja mendapatkan penempatan pekerjaan secara langsung melalui sesi temu duga bersama majikan.

Calon yang berminat berpeluang mengisi jawatan berikut:

  • Technician
  • Operator

Temuduga akan diadakan mengikut jadual berikut:

๐Ÿ“… Tarikh

  • 10 Julai 2026 (Jumaat)
  • 18 Julai 2026 (Sabtu)
  • 24 Julai 2026 (Jumaat)
  • 31 Julai 2026 (Jumaat)

โฐ Masa Sesi 1: 9.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
Sesi 2: 2.00 petang โ€“ 4.00 petang

๐Ÿ“ Lokasi Temu Duga CARSEM (M) Sdn Bhd (M-Site)
P.O. Box 204, Jalan Lapangan Terbang,
Taman Maju Rapat, 30720 Ipoh, Perak.

Program Moh Kroje diwujudkan bagi menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor strategik termasuk pembuatan, semikonduktor, automotif, perkhidmatan, teknologi dan industri berkemahiran tinggi.

Orang ramai digalakkan membuat pendaftaran awal melalui Aplikasi Talent Perak bagi mempercepatkan proses temu duga serta mendapatkan akses kepada pelbagai peluang kerjaya, program latihan kemahiran dan aktiviti pembangunan modal insan yang ditawarkan oleh PASAK.

Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya bersama CARSEM (M) Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri semikonduktor di Negeri Perak dan Malaysia.

Moh Kroje bersama PASAK dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan kerjaya yang lebih cemerlang!

#WalkInInterview #TemudugaTerbuka #ProgramMohKroje #Jawatankosong #KerjaKosong #PeluangKerjaya #Perak #Ipoh #Kerjaya