7 Februari 2024.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima kunjungan mesra dari HRD Corp (Ipoh Office) ke Pejabat PASAK. Sesi mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Mohd Zulkifly Bin Ahmad Rashidi (Head – Perak Ipoh Office), Encik Mohd Pirdaus Bin Mohamad (Head of Stakeholder Management), Encik Muhammad Al Irfan Bin Mustafa All Bakry (Stakeholder – Associate) dan Cik Nurul Bahirah Binti Kamal (Stakeholder – Associate). Manakala mewakili pihak PASAK ialah Encik Aldrin Ng (Pengarah PASAK), Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek) Cik Rosaslina Binti Zainal (Ketua Unit UKIR) dan Cik Nurul Qarirah (PERINTIS UKIR).
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua agensi, dan membina landasan bagi kerjasama akan datang serta memudahkan pertukaran idea secara konstruktif. Semoga sesi perkongsian yang dijalankan dapat merapatkan jalinan antara pihak HRD Corp dan pihak PASAK untuk kolaborasi akan datang.



