Kursus Pendigitalan Pendidikan

6 Februari 2024.

Kursus Pendigitalan Pendidikan telah berlangsung hari ini secara hibrid yang melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada guru-guru sekolah menengah daerah Kinta. Kursus ini dijalankan bermula jam 2.00 petang sehingga 5:00 petang dan telah disampaikan oleh Dr Hariz, pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus ini telah merangkumi pelbagai topik antaranya pendedahan kepada guru-guru berkaitan AI seperti menggunakan teknologi Chat GPT dan juga penghasilan modul yang berkesan bagi memudahkan proses pengajaran kepada murid sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hariz atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga turut diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.