Pelancaran Majlis TVET Perak

Ipoh, 2 Februari 2024.


Pelancaran Majlis TVET telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak Darul Ridzuan). Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak), YB Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin (Penasihat Undang-Undang Negeri Perak), YB Dato’ Mohd Zaki Bin Mahyudin (Pegawai Kewangan Negeri Perak), YB Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India), YB Dato’ Salbiah Binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak), YB Encik Khairuddin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan), YB Puan Jenny Choy Tsi Jen (Timbalan Yang di-pertua Dewan Negeri Perak), Yang Berhormat Encik Teh Kok Lim (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau), Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh), Puan Halizah Binti Sipun (Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Mohd Zaki Bin Abdul Rahman (Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah), Dr. Maisarah Binti Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), dan Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak).

Majlis TVET Negeri Perak ini diwujudkan untuk memainkan peranan sebagai pemandu hala tuju strategik ekosistem TVET melalui kerjasama di antara pemegang taruh awam dan swasta.
Selain itu, penyerahan Surat Lantikan Program Perantisan Dual Vocational Training Ausbildung Jerman dimana seramai 5 orang anak Perak akan dihantar mengikuti program ini di Jerman selama 3 tahun secara teori dan praktikal ‘on-the-job-training’ di syarikat dengan kerjasama Felcra Education Services Sdn Bhd dan Study Germany. Usaha yang dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan agenda Koridor TVET di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, dalam menjadikan Negeri Perak sebagai hub tenaga mahir Negara.

Kolaborasi Strategik Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebagai Hub Latihan Automotif Wilayah Selatan turut dijalankan untuk memartabatkan TVET. Bukan itu sahaja, pertukaran Nota Persefahaman di antara PASAK dan Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Pelancaran majlis TVET ini diadakan di Hotel Casuarina. Semoga pelancaran majlis TVET ini dapat memberi impak positif kepada rakyat dan pembangunan sosioekonomi di Negeri Perak yang kita cintai ini.