๐ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah terlibat sama dalam program Gopeng Tech Play yang berlangsung di RTC PERAK, Gopeng. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi), manakala sesi eSports pula dirasmikan oleh YB Tuan Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng). Program ini turut dihadiri oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching (EXCO Perak merangkap ADUN Teja) dan YB Puan Wong Chai Yi (ADUN Simpang Pulai) bagi memberi ucapan aluan dan kata-kata semangat kepada para peserta dan pengunjung yang hadir.
Pelbagai acara menarik seperti sesi ๐๐๐ก๐โ๐๐๐ daripada pelajar sekolah dan pertandingan eSports yang melibatkan golongan belia. Seramai 15 pempamer yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, sekolah, serta syarikat pemula bidang STEM telah memeriahkan lagi program ini. Diharapkan semoga penglibatan PASAK dalam karnival ini sedikit-sebanyak membantu rakyat tempatan dalam memperoleh informasi berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PASAK.