Dirgahayu Tuanku Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2024

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta Dirgahayu Tuanku kepada:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda bagi Tahun 2024.

Seluruh warga PASAK dengan penuh rasa hormat dan takzim mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan rahmat, kesejahteraan, keafiatan yang berpanjangan serta keberkatan dalam memayungi pemerintahan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semoga Negeri Perak terus maju, makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku serta terus berkembang sebagai sebuah negeri yang cemerlang dalam pembangunan modal insan, pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Menjunjung kasih atas segala jasa, kepimpinan serta keprihatinan Tuanku terhadap pembangunan negeri dan rakyat Perak.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

Sembah Takzim daripada seluruh warga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).