PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Jelajah AIM

Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani adalah satu inisiatif yang dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang- peluang dalam bidang TVET yang dapat membuka lebih banyak haluan kerjaya bagi golongan belia, serta mengubah persepsi negatif terhadap pendidikan teknikal dan vokasional. Program ini berperanan dalam mempromosikan TVET sebagai alternatif yang setara dengan pendidikan akademik. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat melihat TVET bukan sebagai pilihan kedua, tetapi pilihan utama yang menyediakan kemahiran dan peluang kerjaya yang berkualiti.

Keberhasilan pelaksanaan Program Jelajah Aim For TVET with Cikgu Saarani adalah untuk memartabatkan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam pembangunan kerjaya belia di negeri Perak. Program ini berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai TVET, menjadikannya sebagai laluan yang bernilai tinggi dan setara dengan pendidikan akademik, serta meningkatkan kualiti sumber manusia melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan teknikal.

Antara pengisian Program Jelajah AIM For TVET @ Cikgu Saarani adalah;
i. Pameran TVET
ii. Pertandingan Kemahiran
iii. Demo @ Hands-on Instituasi Latihan
iv. Komuniti Kemahiran bersama Cikgu Saarani
v. Meja Bulat Cikgu Saarani bersama pemegang taruh
vi. Kursus Kemahiran
vii. Pertandingan Inovasi
viii. Pengiktirafan pencapaian sekolah

Jelajah AIM
hazim

๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐€๐ˆ๐Œ ๐“๐•๐„๐“ ๐–๐ˆ๐“๐‡ ๐‚๐ˆ๐Š๐†๐” ๐’๐€๐€๐‘๐€๐๐ˆ

Ipoh, 16 April โ€“ Kerajaan Negeri Perak menjemput semua rakyat Perak untuk hadir bagi memeriahkan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani yang akan berlangsung pada

Info Lanjut ยป
Jelajah AIM
Admin PASAK

๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐€๐ˆ๐Œ ๐“๐•๐„๐“ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐ข๐ค๐ ๐ฎ ๐’๐š๐š๐ซ๐š๐ง๐ข

TVET sebagai alternatif yang setara dengan pendidikan akademik. Program ini direka khas untuk memartabatkan TVET sebagai pilihan utama dalam pembangunan kerjaya di negeri Perak. Apa

Info Lanjut ยป