
Hari kedua Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani
Hari kedua Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani melabuhkan tirai dengan penuh bermakna apabila turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani adalah satu inisiatif yang dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang- peluang dalam bidang TVET yang dapat membuka lebih banyak haluan kerjaya bagi golongan belia, serta mengubah persepsi negatif terhadap pendidikan teknikal dan vokasional. Program ini berperanan dalam mempromosikan TVET sebagai alternatif yang setara dengan pendidikan akademik. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat melihat TVET bukan sebagai pilihan kedua, tetapi pilihan utama yang menyediakan kemahiran dan peluang kerjaya yang berkualiti.
Keberhasilan pelaksanaan Program Jelajah Aim For TVET with Cikgu Saarani adalah untuk memartabatkan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam pembangunan kerjaya belia di negeri Perak. Program ini berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai TVET, menjadikannya sebagai laluan yang bernilai tinggi dan setara dengan pendidikan akademik, serta meningkatkan kualiti sumber manusia melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan teknikal.
Antara pengisian Program Jelajah AIM For TVET @ Cikgu Saarani adalah;
i. Pameran TVET
ii. Pertandingan Kemahiran
iii. Demo @ Hands-on Instituasi Latihan
iv. Komuniti Kemahiran bersama Cikgu Saarani
v. Meja Bulat Cikgu Saarani bersama pemegang taruh
vi. Kursus Kemahiran
vii. Pertandingan Inovasi
viii. Pengiktirafan pencapaian sekolah

Hari kedua Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani melabuhkan tirai dengan penuh bermakna apabila turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri

Hari pertama Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani telah berlangsung dengan penuh meriah, menyaksikan penyertaan ramai peserta yang menonjolkan pelbagai kemahiran berteknologi serta inovasi kreatif

KAMU 2025 melangkah ke kaca TV! Dari Perak ke seluruh Malaysia, semangat anak muda bakal berkumandang di Selamat Pagi Malaysia Isnin, 15 September 2025 9.40 pagi TV1

🏆 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗣𝗠, 𝗦𝗧𝗣𝗠 & 𝗦𝗧𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰📍 Ipoh, Perak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus melakar kejayaan apabila Pengarah PASAK, Encik Aldrin Ng