Program Permukiman Dewan Belia Perak 2025

8:30 pagi : Perkongsian Agensi – Perak Sejahtera 2030
ย 
๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข!
ย 
Sesi pertama pagi ini dimulakan dengan taklimat ‘Perak Sejahtera 2030’ bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) .Topik ini sangat penting bagi memastikan para peserta mengetahu dan memahami dengan lebih lanjut hala tuju Negeri khususnya dalam konteks pembangunan belia.
8.45 pagi: Landskap Pembangunan Belia Malaysia.
Di mana kedudukan belia kita hari ini?
ย 
Puan Shahhanim Yahya dari IYRES kini berkongsi kupasan mendalam mengenai Landskap Pembangunan Belia Malaysia dan memahami ekosistem belia secara menyeluruh untuk nembentuk perwakilan yang lebih progresif dan berdaya saing
9.00 pagi: (Aktiviti 1) Reality Check – The Youth Struggle
ย 
Discussion Time
ย 
Aktiviti Reality Check sedang dijalankan dimana para peserta sedang membincangkan realiti, isu serta cabaram sebenar yang dihadapi oleh belia hari ini. Tiada lagi suara yang tersisih, masanya kini untuk kita kupas segala permasalahan dari akar umbi.
11:00 pagi: Aktiviti 2: From Challenges to Change
ย 
Daripada masalah kepada solusi
ย 
Selepas mengenal pasti cabaran yang dihadapi, kini perwakilan bergerak ke fasa mencadangkan penyelesaian yang praktikal melalui aktiviti โ€œFrom Challenge to Changeโ€ dimana disini kreativiti dan pemikiran kritikal para belia bergabung demi perubahan yang bermakna untuk masa depan negeri
Sesi seterusnyaTownhall “Youth, Leadership & Sustainability” sedang berlangsung bersama panel penceramah jemputan. Gabungan kepimpinan dan kelestarian adalah ramuan utama untuk belia mendepani dunia yang kian mencabar.
ย 
Sesi Townhall Program Permukiman Dewan Belia Perak 2025 hari ini tampil luar biasa dengan kehadiran barisan panelis pakar yang mengupas hala tuju kepimpinan dan masa depan belia:
1. Dr. Mohammad Tawfik Bin Yaakub
Pensyarah Kanan (UM) & Pakar Politik Malaysia & Federalisme. Membedah dinamika politik semasa dan peranan anak muda.
2. Dr. Muhamad Hariz Bin Muhamad Adnan
Timb. Dekan Jaringan Industri & Pengkomersialan (UPSI). Mengupas integrasi teknologi dan persediaan belia ke arah era meta-teknologi.
3. YB Senator Dr. Jufitri Bin Joha
Senator Dewan Negara. Membawa perspektif dasar di peringkat Parlimen dalam memperkasakan agenda belia nasional.
ย 
Secara konteksnya sesi ini bertujuan untuk:
๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ฎ๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š: Ia merupakan platform untuk para perwakilan Dewan Belia Perak berdialog secara terus dengan panel jemputan dan berpeluang untuk mengupas pendapat antara satu sama lain.
๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐‡๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง: Membincangkan bagaimana elemen kepimpinan belia boleh diselaraskan dengan konsep kelestarian (sustainability), selaras dengan matlamat pembangunan negeri atau negara.
๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข: Input daripada sesi ini sangat penting kerana ia berlangsung sejurus sebelum sesi pembentangan resolusi (Spotlight Session) pada sebelah malamnya.
Sesi ini merupakan jambatan kritikal yang menghubungkan teori pembangunan belia dengan aplikasi kepimpinan yang mampanย 
8:30 malam : (Aktiviti 3) Connecting The Dots
ย 
Menghubung idea menjadi satu suaraย 
ย 
Aktiviti โ€œConnecting the Dotsโ€ kini bermula bagi membolehkan para perwakilan merumuskan cadangan mereka ke dalam draf resolusi yang rasmi. Semestinya, setiap idea digabung bagi memastikan suara Dewan Belia Perak lebih padu dan mampan dalam membentuk masa depan belia yang lebih baik!