Majlis Penutup Permukiman Dewan Belia Perak 2025

Program Permukiman Dewan Belia Perak 2025 sampai ke kemuncaknya hari ini. Bermula dengan perkongsian Hub Data Belia oleh IYRES, para perwakilan kemudiannya memuktamadkan Spotlight Session bagi pembentangan dan pengesahan resolusi akhir sebelum kita ke sesi terakhir iaitu Majlis Penutup nanti.
It’s a wrap! PDBP25 melabuhkan tirai 
 
Ratusan idea, satu matlamat:
Memperkasakan Suara Belia.
Majlis Penutup kali ini disempurnakan dengan penuh bermakna yang dihadiri oleh:
1. YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak)
2. Encik Muhammad Asree Bin Abd Aziz (Timbalan Speaker 1 Dewan Belia Perak Sesi Kelima)
3. Encik Azizul Hakim Bin Abd Karim
(Ketua Pegawai Operasi Institut Darul Ridzuan)
4. Puan Wan Ruhimah Binti Abd Ghani
(Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak)
5. Encik Muhammad Naim Al Amin Bin Saharudin
(Presiden Majlis Belia Negeri Perak)
 
Hari ketiga menyaksikan sesi rumusan akhir dan majlis penutupan Program Permukiman Dewan Belia Perak 2025. Dari sesi bersama Dr. Mohammad Tawfik, Dr. Muhamad Hariz, dan YB Senator Dr. Jufitri Joha semalam, hari ini kita memuktamadkan segala gerak kerja untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
 
Terima kasih Ipoh! Terima kasih semua delegasi! Jumpa anda di puncak kejayaan.