Lazada Teh Tarik Session X PASAK

29 September 2023. Program Sesi Tarik bersama Lazada ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 3 petang sehingga 6 petang dan telah disampaikan oleh pakar E-Commerce Lazada iaitu Cik Anna, Encik Yu Heng, Encik Mandip dan Encik Maddox. Kursus ini telah mendapat penyertaan sebanyak 65 orang yang terdiri daripada usahawan yang menggunakan platform Lazada untuk berniaga. […]

Kursus Juruteknik Automotif & Juruteknik Penyejukbekuan Penyaman Udara

Jumaat – 29 September 2023. Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Juruteknik Automotif & Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Angeline Koo Haai Yen (Ahli Dewan Undangan (ADUN) Keranji), Encik Aldrin Ng (Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Puan Hajjah Normah binti Haji Karim (Pengarah […]

Pemetaan Kerjaya SMK Slim

27 September 2023. Telah berlangsungnya program Pemetaan Kerjaya di SMK Slim. Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Firdaus Bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak). Sesi telah dimulakan dengan slot pengenalan mengenai PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat haluan kerjaya kepada para pelajar selepas tamat Sijil […]

Program Pemetaan Kerjaya Di SMK Raja Perempuan Ipoh

Ipoh, 27 September 2023. Telah berlangsungnya program Pemetaan Kerjaya bersama pelajar SMK Raja Perempuan Ipoh. Sesi pertama program ini telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK yang disampaikan oleh Cik Hayatul Irdina (PERINTIS Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak). Slot seterusnya telah disampaikan oleh En Firdaus Dzi Murad, Ketua Unit Pelaksana Pusat […]

Kunjungan Hormat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Ipoh – 27 September 2023. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berasa berbesar hati kerana telah menerima kunjungan hormat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ke pejabat PASAK di Ipoh hari ini. Semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya di Negeri Perak. Terima Kasih Puan Tung Ka Yin […]

Maulidur Rasul 2023

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriah dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.

Memorandum Persefahaman (MOU) Antara MMIS & PESDC

26 September 2023.  Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerjasama Multi Mould Industries Sdn Bhd (MMiS) dan Perak Entrepreneur & Skills Development Centre (PESDC). Kerjasama ini menandakan satu langkah penting ke arah pembangunan dan pertumbuhan bersama kepada sektor perindustrian dan akademik. Ini bukanlah kali pertama PASAK […]

Kursus Krew Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan Restoran

Isnin – 25 September 2023. Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Krew Perkhidmatan dan Penyajian Makanan Restoran. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak), Puan Sakinah binti Ibrahim (Ketua Operasi, Syarikat Che Sab Harun), Encik Omar Fazilah bin Mohamad (Penghulu, Mukim […]

Pameran Kerjaya Sempena Program Pesta Pinji 2023

23 – 24 September 2023 | 10.00 Pagi – 6.00 Petang. Telah berlangsung pembukaan Booth Pendaftaran dan Pameran Kerjaya PASAK yang dijalankan bersempena dengan program Pesta Pinji 2023 di Pasir Pinji, Ipoh. PASAK telah dijemput untuk mempromosikan pelbagai jawatan kosong dan program-program yang bermanfaat kepada masyarakat Perak. PASAK turut memberikan sokongan kepada majikan yang ingin […]

Program Kerjaya Anak Angkat Cikgu Saarani & Transisi Ke Arah Perak Sejahtera 2023

APBM Batu Gajah, 23 – 24 September 2023. Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya (YBU) telah mengadakan sebuah Program Kerjaya Anak Angkat Cikgu Saarani & Transisi Ke Arah Perak Sejahtera 2030 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah. Program ini telah berlangsung selama dua hari satu malam yang […]