Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Perak 2024

21 Julai 2024 (AHAD). Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah memenuhi jemputan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara, Meru Raya, Ipoh bagi pembukaan booth di Zon Pameran Interaktif. PASAK telah menyampaikan penerangan berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi kepada pengunjung-pengunjung yang […]

Kursus Asas Penyelenggaraan Motosikal

20 Julai 2024 (SABTU). Program Kursus Asas Penyelenggaraan Motosikal telah berlangsung dengan jayanya di SMK DARY. Program ini dianjurkan oleh PASAK dan melibatkan seramai 20 orang peserta, terdiri daripada pelajar pelajar tingkatan 1 hingga 5, yang berminat untuk mempelajari asas-asas penyelenggaraan motosikal. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan praktikal dan teori tentang cara-cara menyelenggaran motosikal […]

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17

 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGSULTAN IBRAHIM sempena PertabalanKebawah Duli Yang Maha MuliaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H “Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati PemerintahanKebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku” Sembah TakzimdaripadaPUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) 

Majlis Penutup Dan Penyampaian Bagi Program Latihan Dan Pelesenan Hos Komuniti Setempat (HKS) Kepada Komuniti Dan Pengusaha Di Daerah Kampar

18 JULAI 2024 (KHAMIS).Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Program Latihan dan Pelesenan HOS Komuniti Setempat (HKS) kepada Komuniti dan Pengusaha di daerah Kampar. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Loh Sze Yee (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan Dan Pembangunan Koridor), diiringi oleh Yang Berhormat Koo Haai Yen (ADUN Keranji), Yang Dihormati […]

Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian

Sertai Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian! Jangan ketinggalan peluang-peluang kerjaya terbaik. Jom sertai Jelajah Kerjaya kami dan terokai potensi anda! 10 Ogos 2024 (Sabtu) 9.00 Pagi – 4.00 Petang Dewan Kerian Permai, Parit Buntar, Perak Sila  berdaftar awal melalui aplikasi Talent Perak Google Play App Store Laman Sesawang Jangan lupa buat preparation awal sebelum […]

Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2024

13 Julai 2024 (SABTU), Lenggong.   Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Hulu Perak yang bertempat di Kompleks Komuniti Desa KEMAS, Lenggong Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India).   Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini […]

Perasmian Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2024 Lenggong

13 Julai 2024 (SABTU).  Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India) mewakili YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak), Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin (Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar […]

Kursus Fotografi Dan Videografi

9 Julai 2024 (Selasa). Alhamdulillah selesai Kursus Mobile Fotografi dan Videografi yang dikongsikan oleh En. Khairul Fazli, Pensyarah dan Jurugambar Rasmi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Program ini dijalankan di SMK Tanjung Rambutan. Kursus ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar. Yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 Antara perkara yang dikongsikan […]

Awal Muharram 2024

Isnin – 8 Julai 2024. Selamat Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1446 Hijriah daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).