19 Ogos 2025, Ipoh – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berbesar hati menerima jemputan menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-53 Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier). Kehadiran ini diketuai oleh Pengarah PASAK, Encik Aldrin Ng, yang turut sama meraikan para graduan serta menyokong usaha Politeknik Ungku Omar dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti tinggi untuk keperluan industri semasa dan peranan penting terhadap institusi pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).
Majlis penuh gilang-gemilang ini bukan sahaja meraikan pencapaian para graduan, malah menjadi simbol komitmen berterusan institusi pendidikan tinggi teknikal dalam melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa. Kehadiran PASAK di majlis ini diharap dapat memperkukuh jaringan strategik dengan pihak Politeknik serta membuka ruang kerjasama baharu dalam pembangunan pendidikan, latihan kemahiran, dan pembangunan anak Perak khususnya.



