๐ ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ข ๐๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ, ๐๐๐ซ๐๐ค | ๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐๐ฒ๐ ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐๐จ๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐ฃ๐๐ก๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐
Penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Perak Sejahtera 2025 menjadi platform penting dalam mempertemukan majikan dan pencari kerja melalui peluang temuduga terbuka, padanan pekerjaan, khidmat nasihat kerjaya serta akses kepada pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor industri.
Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, meningkatkan kebolehpasaran rakyat serta memperluaskan akses pekerjaan berkualiti kepada masyarakat khususnya anak-anak Perak.
PASAK terus komited memainkan peranan strategik dalam pembangunan bakat, TVET, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya demi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.
โจ Peluang Kerjaya Hari Ini, Masa Depan Lebih Gemilang โจ



