14 Mei 2025 โ Majlis Penutup & Penyampaian Sijil: Kursus Jahitan Pakaian Wanita & Lelaki (Program TVET Orang Asli) telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Voon Kai Cheng, Pegawai Khas YB Loh Sze Yee, merangkap Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berusaha Encik Saidin bin Wahab, Tok Batin Kampung Kenang, yang sentiasa menyokong pembangunan kemahiran dan kesejahteraan komuniti setempat.
Majlis ini diraikan bagi menghargai usaha 10 peserta Orang Asli yang telah berjaya menamatkan kursus selama 8 hari dengan penuh komitmen. Kursus ini dikendalikan oleh JDNA Enterprise dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Peserta didedahkan kepada kemahiran asas menjahit pakaian wanita dan lelaki โ termasuk teknik mendraf pola, penggunaan mesin jahit, serta sentuhan hiasan seperti manik dan sulaman asas. Ia bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah turut menyemai semangat berdikari dan keusahawanan dalam komuniti Orang Asli.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri melalui PASAK dalam memperluas akses latihan kemahiran, seiring dengan matlamat Perak Sejahtera 2030 untuk menjadikan negeri ini sebagai Koridor TVET Malaysia.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik untuk diri, keluarga dan komuniti.
				
															


