๐–๐จ๐ซ๐๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ž๐ญ-๐”๐ฉ ๐ฑ ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š

Hari ini, komuniti WordPress bersama Klinik Kerjaya telah berjaya menganjurkan satu sesi perkongsian istimewa yang mempertemukan para peserta dengan usahawan tempatan yang semakin mencipta nama dalam dunia perniagaan iaitu Mike Chu, pengasas TAHAN dan PTT Outdoor.

Program ini menjadi platform bermanfaat dalam membuka ruang kepada peserta untuk memahami dengan lebih dekat dunia keusahawanan tempatan, pembangunan kerjaya serta cabaran dan peluang dalam membina perniagaan yang mampan. Melalui perkongsian pengalaman sebenar daripada Mike Chu, peserta memperoleh pelbagai input berkaitan perjalanan membina jenama, pengurusan perniagaan serta nilai ketekunan dalam mencapai kejayaan.

Sesi yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung, mengemukakan soalan serta mendapatkan pandangan daripada usahawan industri yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan dan pembangunan jenama tempatan.

Selain itu, program ini turut menjadi medium terbaik untuk peserta membina jaringan profesional (networking) bersama individu yang berkongsi minat dalam bidang kerjaya, pembangunan bakat, keusahawanan dan ekonomi digital.

Inisiatif seperti ini selaras dengan komitmen Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan, memperluaskan akses kepada peluang pembangunan kerjaya serta membina ekosistem bakat yang lebih kompetitif dan berdaya saing di Negeri Perak.

PASAK akan terus menyokong pelaksanaan program pembangunan kerjaya, latihan kemahiran dan aktiviti keusahawanan bagi memastikan lebih ramai Anak Perak memperoleh pendedahan industri, inspirasi kerjaya dan peluang memperkembangkan potensi diri sejajar aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang telah menjayakan WordPress Meet-Up x Klinik Kerjaya. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah maju dalam dunia kerjaya dan keusahawanan.